Proses Tukar Nama Dalam Hakmilik / Geran

Ni tukar nama pemilik dalam geran ye, bukan tukar pemilik kepada pemilik yang lain. Dalam geran atau hakmilik dia ada format dia sendiri untuk tunjukkan maklumat pemilik iaitu:


Nama Pemilik, Jumlah Syer
No KP, Warganegara
Alamat

Contoh:

Contoh maklumat dalam geran

Maklumat pemilik ditunjukkan pada muka surat kedua geran di bawah tajuk REKOD KETUANPUNYAAN

Tukar nama pemilik ni macam lebih kurang pembetulan atau pengemaskinian nama pemilik dalam hakmilik.

Sesetengah maklumat pemilik ni tak lengkap terutamanya bagi pemilik lama yang kekadang tu ada nama sahaja tanpa No Kp. Maklumat pemilik dalam geran hendaklah lengkap bagi mengelakkan kesulitan pada masa hadapan terutamanya apabila pemilik sudah tiada / meninggal. Kalau ada nama saja contoh, Ali .. dah berapa ramai nama ali boleh claim tanah tu. 

Proses tukar hanya boleh dilaksanakan semasa hayat pemilik. Kalau dah meninggal, sapa nak sign borang tukar nama tu. 

Untuk tukar nama, borang di bawah ni kena isi, bersama satu surat akuan sumpah dan bayaran sebanyak RM30 per geran. Kena bawa bersama geran asal semasa pendaftaran urusan tukar nama ni. 

Kalau Geran Tanah Hilang Nak Buat Camana?

 Apa yang kena buat apabila geran atau dokumen hakmilik kita hilang? 


GERAN PEMILIK TUNGGAL

Kita mulakan dengan hakmilik dengan syer 1/1 iaitu BUKAN GERAN BERONGKOI (Geran banyak nama) . geran ni mudah sikit sebab tak melibatkan banyak orang.

Apa yang perlu pemilik lakukan ialah

  1. Lengkapkan borang permohonan geran hilang
  2. Laporan polis oleh tuan tanah
  3. Akuan Sumpah
  4. Daftar di Pejabat Tanah dengan kos seperti di bawah mengikut jumlah geran
Jika tuan tanah terlalu uzur untuk menguruskan hal berkaitan geran hilang ni, wakil perlu ada surat wakil yang ditandatangan oleh tuan tanah. 


GERAN BERONGKOI

Geran ramai orang ni rumit sikit. Kekadang kita lupa sapa yang pegang lepas tu nak claim kata hilang. Tak baik macam tu. Tanya dulu pemilik lain ada pegang ke idak. Dapatkan persetujuan semua tuan tanah untuk buat permohonan geran hilang. kalau memang confirm hilang, sediakan perkara berikut:

  1. Lengkapkan borang permohonan geran hilang
  2. Laporan polis menyatakan telah tanya semua tuan tanah tapi tak ada juga
  3. Daftar di Pejabat Tanah dengan kos seperti di bawah mengikut jumlah geran

Jangan lah dok rasa nak pegang geran tu selamanya. Bila keluar geran baru, geran lama dah tak laku. tak boleh buat apa apa urusan pun. Pejabat tanah depa cek dulu geran tu laku ke idak baru depa terima untuk urusan. Kalau rasa nak pegang geran tak mau bagi ke orang, sila lah buat Urusan Pecah Bahagian Tanah. Jadi masing-masing boleh pegang geran sendiri dan nak buat apa pun sila lah, nak gadai ke, pajak ke, jual ke. 

Nak bagi laluan jalan kepada tanah yang berjiran

Tanah saya mengadap jalan besar. Tanah sebelah yang berjiran dibelakang tanah saya nak minta laluan / jalan ke tanah dia bagi memudahkan dia keluar masuk tanah dia sebab dia nak buat rumah agam. kami berdua bukan pemilik bersama bagi kedua dua tanah tu dan kedua dua tanah tu berstatus Pertanian. 

Pemilik bersama = masing-masing ada nama dalam geran.

Saya nak bagi jalan ke tanah dia, tapi saya nak amik tanah dia sikit sebagai balasan. Boleh ka cara ni?


Jawapan : Tak boleh. Sebabnya dua-dua tanah berstatus pertanian dan kalau nak bubuh nama kena terima 1 ekar minimum atau keseluruhan tanah jika luasnya kurang seekar. 

Untuk kes ni, kaedah paling tepat adalah isemen. Dalam english nama dia easement. Dalam isemen ni tuan tanah yang nak beri laluan tu boleh terima sejumlah wang atau kalau bagi free boleh dapat pahala. Ada pilihan isemen untuk selamanya atau tempoh tertentu. 

Samada balasan wang, atau tempoh isemen, berbincanglah antara tuan tanah pemberi dan tuan tanah yang akan menikmati isemen tu. 

Maklumat isemen akan tertulis dalam geran kedua-dua pihak untuk rujukan tuan tanah dan tuan tanah yang akan datang. 


Tapi kalau saya buat perjanjian dengan tuan tanah tu guna lawyer dimana tanah dia saya amik sama luas macam tanah yang saya bagi untuk buat jalan?

Jawapan: payah untuk masa kedepan bila dah buat pusaka. Gunalah kaedah isemen tu. 

Syarat Pindahmilik / Jual beli Tanah Pertanian.

Setiap geran atau hakmilik, akan dinyatakan apa tujuan atau kegunaan tanah itu. Ada beberapa jenis kegunaan seperti Pertanian, Kediaman dan Industri. Nak tau apa kegunaan tu silalah rujuk geran masing-masing. Kali ni kita fokus kepada Pertanian, tak kisah lah padi, bendang, getah atau buah-buahan. 

Bagi negeri Perlis, kalau syarat nyata yang tertulis ialah Kampong, ia membawa maksud yang sama dengan Pertanian. 

Syarat Nyata

Dalam geran ada tertulis luas, samada dalam unit ekar, hektar, meter persegi dan yang rare iaitu Relung, Jemba, Rood, Pole dan sebagainya. Untuk pindahmilik tanah pertanian, jumlah keluasan minimum adalah 1 Ekar atau kesemua keluasan yang si penjual ada. jadi convert lah sendiri dari Relung, Jemba, Rood dan Pole tu kepada ekar. Untuk hektar dan meter persegi boleh google untuk convert. 

Syarat minimum 1 ekar atau kesemua keluasan ni untuk pembeli yang tiada nama dalam geran. kalau ada nama dalam geran kita namakan dia pemilik bersama, atau istilah lain, pembeli ada syer dalam geran tu. Pemilik bersama ni ialah penama dalam geran yang orang selalu panggil geran berongkoi, iaitu geran yang ada banyak nama. 

Contoh:

Saya ada 3 ekar, dan nak jual 1 ekar sahaja.
Jawapan : Boleh kepada sapa sapa pun

Saya ada 1 ekar dan nak jual 0.5 ekar sahaja
Jawapan : Tidak Boleh kepada bukan pemilik bersama. Kalau kepada pemilik bersama dibolehkan. 

Saya ada 0.8 ekar dan nak jual semua
Jawapan : Boleh kepada sapa sapa pun

Sebab apa ada yang boleh dan ada yang tak boleh? Rasionalnya kat sini ialah status tanah tu pertanian, takkan lah nak jual keluasan dia sebesar tapak parking kepada bukan pemilik bersama? nak tanam harumanis pun dapat sepokok ja. 

Tapi kalau jual kepada pemilik bersama, takpa lah sebab keluasan si pemilik bersama tu akan bertambah luas, kan mereka share geran yang sama.  


Pindahmilik Amanah Seksten 344 KTN bagi geran yang ada gadaian LPPSA

Apa itu LPPSA? LPPSA adalah singkatan bagi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Kiranya macam bank yang bagi pinjaman beli rumah kepada Penjawat Awam. Kalau bukan penjawat awam, boleh mohon dengan bank lain seperti CIMB, MAYBANK, Public Islamic Bank dan sebagainya.  

Logo LPPSA

Saya pernah bertanyakan soalan berkaitan pindahmilik pemegang amanah Seksyen 344 KTN kepada LPPSA melalui sistem etiket mereka di https://etiket.lppsa.gov.my/ . Jawatan yang diberikan ialah "Tidak Boleh". 

Rasional saya memohon untuk pindahmilik amanah ni ialah supaya apabila saya tiada kelak (mana tau la kan), rumah saya akan secara automatik akan jadi milik beneficiaries iaitu mereka yang saya pegang amanah. Dalam kes saya, isteri dan anak-anak. Pinjaman LPPSA ni ada insuran dimana tanggungan saya tidak perlu menanggung bayaran bulanan jika saya telah tiada dengan syarat bayaran bulanan cantik dan tiada default. 

Dalam terma urusan tanah, pinjaman bank / LPPSA ni dipanggil GADAIAN (Borang 16A). Apabila dah selesai bayar, urusan dipanggil MELEPAS GADAI (Borang 16N).

Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri Perlis Tahun 2023

Berikut adalah hari cuti tahun 2023 bagi Negeri Perlis . Jangan mai berurusan pulak pada hari tu.



* Tahun Baru Cina 22 Januari 2023 Ahad
* Tahun Baru Cina 23 Januari 2023 Isnin
# Israk Mikraj 18 februari 2023 Sabtu
# Hari Nuzul Al-Quran 8 April 2023 Sabtu
* Hari Pekerja 1 mei 2023 Isnin
* Hari Raya Puasa 22 April 2023 Sabtu
* Hari Raya Puasa 23 April 2023 Ahad
* Hari Wesak 4 Mei 2023 Khamis
# Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis 17 Mei 2023 Rabu
* Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong 5 Jun 2023 Isnin
* Hari Raya Qurban 29 Jun 2023 Khamis
# Hari Raya Qurban 30 Jun 2023 Jumaat
* Awal Muharram (Maal Hijrah) 19 Julai 2023 Rabu
* Hari Kebangsaan 31 Ogos 2023 Khamis
* Hari Malaysia 16 September 2023 sabtu
* Maulidur Rasul 28 September 2023 Khamis
* Hari Deepavali 12 November 2023 Ahad
* Hari Krismas 25 Disember 2023 Isnin


* =  Hari Kelepasan Am Persekutuan
# =  Hari Kelepasan Am Negeri


Proses penyaksian. Apadia ntah?

Setiap borang yang digunakan untuk urusan tanah adalah berdasarkan borang yang dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara (KTN). Contoh Borang 14a untuk pindah milik, Borang 19b untuk masukkan kaveat dan Borang 16n untuk lepas gadai. Kalau nak tahu samada borang tu berasal dari KTN atau tak, cuba tengok tajuk dia, akan tertulis seksyen mana yang berkaitan. Macam Borang 16n, akan dinyatakan Seksyen 278. Nak tahu lebih lanjut, rujuk KTN dan cari Seksyen 278. 

Semua borang tu dipanggil borang berkanun. 

Dan setiap borang berkanun yang dinyatakan dalam KTN perlu dilaksanakan proses penyaksian. Kiranya dengan kata mudah, penyaksian ni untuk pengesahkan tuan tanah atau pembeli atau pihak berkepentingan nak berurusan. 

Contoh lain: Untuk urusan pindahmilik, penyaksian dilaksanakan untuk mengesahkan tuan tanah nak jual tanah dia dan pembeli nak beli tanah tersebut.  Jadi tak berlakulah penipuan sebab bukan semua org boleh buat penyaksian dan pihak penjual dan pembeli perlu berada dihadapan pegawai / peguam untuk penyaksian. 


Contoh penyaksian pada borang 14a.

Siapa yang boleh buat penyaksian? kalau dalam KTN ada dinyatakan pegawai sekian gred itu ini, kita make it simple lah untuk urusan yang biasa biasa rakyat marhaen. Untuk urusan pindahmilik tanah dalam Lengkongan Rezab Melayu, dan pemiliknya adalah Melayu, perlu dilaksanakan penyaksian di mana-mana Pejabat Tanah dalam Malaysia. Pindahmilik Tanah dalam Lengkongan Rezab Melayu, tetapi pemilik selain Melayu, boleh buat penyaksian depan mana-mana peguam.

Pindahmilik Tanah bukan dalam Lengkongan Rezab Melayu, tak kisah pemilik dia Melayu, Cina, Kadazan, India atau sebagainya, boleh buat penyaksian di depan peguam ataupun di pejabat tanah. 

Bagi urusan selain pindahmilik, boleh buat dengan peguam tak kisah lah tanah tu dalam Rezab Melayu atau tak. 

Untuk pindahmilik tanah, ada dua bahagian penyaksian iaitu Penjual (tuan tanah) dan Penerima. Boleh buat penyaksian sebelah pihak di lain-lain pejabat tanah ikut kesesuaian atau kesenangan Penjual dan Penerima dok mana. Nak buat bersekali pun boleh lagi mudah. 

Kalau buat penyaksian pindahmilik di Pejabat Tanah, pihak penjual perlu melalui proses semakan cap jari dan kad pengenalan, jadi jangan haraplah nak menipu. Lepas selesai proses semakan, pegawai Pejabat Tanah akan buat tapisan pula. Jika jawapan Pemberi meragukan, pegawai penyaksian akan reject borang tu. Ni bagi mengelak fraud atau penipuan. 

Sebagai contoh, Pemberi tu warga emas yang mempunyai masalah ingatan dan salah seorang anaknya nak ambil kesempatan, kalau jawapan si Pemberi meragukan, memang balik dengan tangan kosong lah. 


Membeli tanah di Perlis. Apa yang perlu anda tahu.

 Proses penjualan dan pembelian tanah di Perlis tidaklah terlalu rumit jika mengikut peraturan yang ditetapkan. Berikut adalah antara beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum membayar wang kepada penjual : 

  • Jika geran tersebut mempunyai ramai pemilik, pastikan bahagian tanah yang anda hendak beli tersebut adalah tepat dan tidak mempunyai pertikaian dengan pemilik lain. 
  • Semak geran, adakah mempunyai sekatan kepentingan. Jika ada, mohon longgar sekatan di Pejabat Tanah Perlis terlebih dahulu. Di perkara ini, jika anda bersetuju untuk membeli tanah tersebut dan telah memberi deposit kepada tuan tanah, anda dinasihatkan untuk memasukkan Kaveat Persendirian Atas Tanah / Syer untuk melindungi kepentingan tuan. 
  • Untuk memastikan tanah tersebut menjadi milik anda semutlaknya, pindahmilik hendaklah dilaksanakan melalui pengisian Borang 14a. 
  • Jika geran tanah tersebut telah dinyatakan Pengisytiharaan Rezab Melayu, proses penyaksian hendaklah dilaksanakan di mana-mana Pejabat Tanah dalam Malaysia. Jika tiada Pengisytiharaan Rezab Melayu, anda boleh melaksanakan penyaksian di pejabat peguam.
  • Setelah Borang 14a telah lengkap, segeralah ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tujuan setem hasil. 
  • Dalam 2 minggu, anda akan dapat setem hasil. Bawa setem hasil, Borang 14a, surat kelulusan longgar sekatan (jika ada), geran asal dan bayaran RM50.00 untuk pendaftaran di Pejabat Tanah Perlis.
  • Setelah pendaftaran berjaya, anda adalah pemilik mutlak tanah / sebahagian tanah tersebut dan bebas mengusahakan tanah tersebut mengikut syarat tanah yang dinyatakan.
Jangan simpan borang 14a lama-lama. Akan dikenakan denda kelak jika terlewat daftar. Anda juga mungkin berisiko untuk kehilangan milikan tanah tersebut jika menangguhkan pendaftaran.  

Untuk pengisian Borang 14a, perlu guna pen hitam dakwat cair. Ball pen kilometrico tak boleh. Untuk memudahkan anda, sila dapatkan perkhidmatan peguam atau petition writer yang banyak di Kangaq ni. 

Kos Bayaran Urusan di Pejabat Tanah Perlis

Maklumat bayaran urusan di Pejabat Tanah Perlis


Carian Rasmi - RM50.00

Carian Persendirian Hakmilik - RM30.00

Carian Hakmilik Tidak Berkuatkuasa - RM20.00


Salinan Sah Hakmilik - RM30.00 (Photostat geran yang disahkan, siap dapat no siri lagi. Boleh guna bagi tujuan rasmi)

Salinan Pendua Borang Urusniaga - RM80 (Contoh- nak beli borang 14a sekian sekian tahun)

Salinan Pendua Borang Bukan Urusniaga - RM10.00 per muka surat (Contoh- Pasaipa exbini masuk kaveat)


Permohonan Betul Nama / Tukar Alamat / bubuh IC baru - RM30.00


Daftar Perintah Pusaka - RM10.00 per geran

Daftar Gadai - RM50

Daftar Pindahmilik - RM50


Maklumat yang dipaparkan disini untuk rujukan semata-mata dan mungkin terdapat kesilapan. Minta rujuk kepada Pejabat Tanah Perlis untuk maklumat lebih jitu dan mutlak.  

Pos Terkini

Daftar Perintah Pusaka Tapi Geran Asal Tak Ada

Apabila ada pemilik yang meninggal dunia, menjadi kewajipan kepada waris waris untuk mendapatkan perintah pusaka supaya tanah tersebut dibah...