Membeli tanah di Perlis. Apa yang perlu anda tahu.

 Proses penjualan dan pembelian tanah di Perlis tidaklah terlalu rumit jika mengikut peraturan yang ditetapkan. Berikut adalah antara beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum membayar wang kepada penjual : 

  • Jika geran tersebut mempunyai ramai pemilik, pastikan bahagian tanah yang anda hendak beli tersebut adalah tepat dan tidak mempunyai pertikaian dengan pemilik lain. 
  • Semak geran, adakah mempunyai sekatan kepentingan. Jika ada, mohon longgar sekatan di Pejabat Tanah Perlis terlebih dahulu. Di perkara ini, jika anda bersetuju untuk membeli tanah tersebut dan telah memberi deposit kepada tuan tanah, anda dinasihatkan untuk memasukkan Kaveat Persendirian Atas Tanah / Syer untuk melindungi kepentingan tuan. 
  • Untuk memastikan tanah tersebut menjadi milik anda semutlaknya, pindahmilik hendaklah dilaksanakan melalui pengisian Borang 14a. 
  • Jika geran tanah tersebut telah dinyatakan Pengisytiharaan Rezab Melayu, proses penyaksian hendaklah dilaksanakan di mana-mana Pejabat Tanah dalam Malaysia. Jika tiada Pengisytiharaan Rezab Melayu, anda boleh melaksanakan penyaksian di pejabat peguam.
  • Setelah Borang 14a telah lengkap, segeralah ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tujuan setem hasil. 
  • Dalam 2 minggu, anda akan dapat setem hasil. Bawa setem hasil, Borang 14a, surat kelulusan longgar sekatan (jika ada), geran asal dan bayaran RM50.00 untuk pendaftaran di Pejabat Tanah Perlis.
  • Setelah pendaftaran berjaya, anda adalah pemilik mutlak tanah / sebahagian tanah tersebut dan bebas mengusahakan tanah tersebut mengikut syarat tanah yang dinyatakan.
Jangan simpan borang 14a lama-lama. Akan dikenakan denda kelak jika terlewat daftar. Anda juga mungkin berisiko untuk kehilangan milikan tanah tersebut jika menangguhkan pendaftaran.  

Untuk pengisian Borang 14a, perlu guna pen hitam dakwat cair. Ball pen kilometrico tak boleh. Untuk memudahkan anda, sila dapatkan perkhidmatan peguam atau petition writer yang banyak di Kangaq ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pos Terkini

Daftar Perintah Pusaka Tapi Geran Asal Tak Ada

Apabila ada pemilik yang meninggal dunia, menjadi kewajipan kepada waris waris untuk mendapatkan perintah pusaka supaya tanah tersebut dibah...