Memaparkan catatan dengan label penyaksian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyaksian. Papar semua catatan

Proses penyaksian. Apadia ntah?

Setiap borang yang digunakan untuk urusan tanah adalah berdasarkan borang yang dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara (KTN). Contoh Borang 14a untuk pindah milik, Borang 19b untuk masukkan kaveat dan Borang 16n untuk lepas gadai. Kalau nak tahu samada borang tu berasal dari KTN atau tak, cuba tengok tajuk dia, akan tertulis seksyen mana yang berkaitan. Macam Borang 16n, akan dinyatakan Seksyen 278. Nak tahu lebih lanjut, rujuk KTN dan cari Seksyen 278. 

Semua borang tu dipanggil borang berkanun. 

Dan setiap borang berkanun yang dinyatakan dalam KTN perlu dilaksanakan proses penyaksian. Kiranya dengan kata mudah, penyaksian ni untuk pengesahkan tuan tanah atau pembeli atau pihak berkepentingan nak berurusan. 

Contoh lain: Untuk urusan pindahmilik, penyaksian dilaksanakan untuk mengesahkan tuan tanah nak jual tanah dia dan pembeli nak beli tanah tersebut.  Jadi tak berlakulah penipuan sebab bukan semua org boleh buat penyaksian dan pihak penjual dan pembeli perlu berada dihadapan pegawai / peguam untuk penyaksian. 


Contoh penyaksian pada borang 14a.

Siapa yang boleh buat penyaksian? kalau dalam KTN ada dinyatakan pegawai sekian gred itu ini, kita make it simple lah untuk urusan yang biasa biasa rakyat marhaen. Untuk urusan pindahmilik tanah dalam Lengkongan Rezab Melayu, dan pemiliknya adalah Melayu, perlu dilaksanakan penyaksian di mana-mana Pejabat Tanah dalam Malaysia. Pindahmilik Tanah dalam Lengkongan Rezab Melayu, tetapi pemilik selain Melayu, boleh buat penyaksian depan mana-mana peguam.

Pindahmilik Tanah bukan dalam Lengkongan Rezab Melayu, tak kisah pemilik dia Melayu, Cina, Kadazan, India atau sebagainya, boleh buat penyaksian di depan peguam ataupun di pejabat tanah. 

Bagi urusan selain pindahmilik, boleh buat dengan peguam tak kisah lah tanah tu dalam Rezab Melayu atau tak. 

Untuk pindahmilik tanah, ada dua bahagian penyaksian iaitu Penjual (tuan tanah) dan Penerima. Boleh buat penyaksian sebelah pihak di lain-lain pejabat tanah ikut kesesuaian atau kesenangan Penjual dan Penerima dok mana. Nak buat bersekali pun boleh lagi mudah. 

Kalau buat penyaksian pindahmilik di Pejabat Tanah, pihak penjual perlu melalui proses semakan cap jari dan kad pengenalan, jadi jangan haraplah nak menipu. Lepas selesai proses semakan, pegawai Pejabat Tanah akan buat tapisan pula. Jika jawapan Pemberi meragukan, pegawai penyaksian akan reject borang tu. Ni bagi mengelak fraud atau penipuan. 

Sebagai contoh, Pemberi tu warga emas yang mempunyai masalah ingatan dan salah seorang anaknya nak ambil kesempatan, kalau jawapan si Pemberi meragukan, memang balik dengan tangan kosong lah. 


Pos Terkini

Daftar Perintah Pusaka Tapi Geran Asal Tak Ada

Apabila ada pemilik yang meninggal dunia, menjadi kewajipan kepada waris waris untuk mendapatkan perintah pusaka supaya tanah tersebut dibah...