Ni untuk kes geran berongkoi atau banyak pemilik bersama. Pecah bahagian ni kalau bahasa paling mudahnya ialah untuk masing -masing ada geran sendiri atau salah seorang pemilik tu nak "left group" supaya ada geran asing.
Contoh 1:
Satu geran ada 8 orang dan boleh pecah bahagian kepada 8 pemilik.
Contoh 2:
Satu geran ada 8 orang dan seorang pemilik tu nak satu geran dia pegang sendiri, jadi geran tu pecah dua. Satu geran ada seorang pemilik dan satu geran lagi ada 7 pemilik.
Bagaimana kalau salah seorang pemilik tu meninggal dunia? . Untuk memulakan proses pecah bahagian, semua pemilik wajib bersetuju dan terdapat borang yang perlu ditandatangan.
Mengikut maklumat terkini (Ogos 2022), waris perlulah mendaftarkan perintah pusaka terlebih dahulu sebelum urusan pecah bahagian. Bagus juga kalau buat perintah pusaka dulu. Bukan apa, nak elak perkara berbangkit di masa hadapan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan