Apa itu LPPSA? LPPSA adalah singkatan bagi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Kiranya macam bank yang bagi pinjaman beli rumah kepada Penjawat Awam. Kalau bukan penjawat awam, boleh mohon dengan bank lain seperti CIMB, MAYBANK, Public Islamic Bank dan sebagainya.
Saya pernah bertanyakan soalan berkaitan pindahmilik pemegang amanah Seksyen 344 KTN kepada LPPSA melalui sistem etiket mereka di https://etiket.lppsa.gov.my/ . Jawatan yang diberikan ialah "Tidak Boleh".
Rasional saya memohon untuk pindahmilik amanah ni ialah supaya apabila saya tiada kelak (mana tau la kan), rumah saya akan secara automatik akan jadi milik beneficiaries iaitu mereka yang saya pegang amanah. Dalam kes saya, isteri dan anak-anak. Pinjaman LPPSA ni ada insuran dimana tanggungan saya tidak perlu menanggung bayaran bulanan jika saya telah tiada dengan syarat bayaran bulanan cantik dan tiada default.
Dalam terma urusan tanah, pinjaman bank / LPPSA ni dipanggil GADAIAN (Borang 16A). Apabila dah selesai bayar, urusan dipanggil MELEPAS GADAI (Borang 16N).
Adapun perkataan atau bunyi gadaian tu macam brutal, seperti "Menang sorak kampung tergadai" semua orang marhaen perlu buat gadaian untuk beli rumah atau tanah. Untuk rumah RM300K, jumlah perlu dibayar kepada bank lebih kurang 3/4 Juta. Kalau menabung sendiri tak tahulah bila nak ada rumah sendiri. Cumanya, ambillah yang Islamik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan