Kalau Geran Tanah Hilang Nak Buat Camana?

 Apa yang kena buat apabila geran atau dokumen hakmilik kita hilang? 


GERAN PEMILIK TUNGGAL

Kita mulakan dengan hakmilik dengan syer 1/1 iaitu BUKAN GERAN BERONGKOI (Geran banyak nama) . geran ni mudah sikit sebab tak melibatkan banyak orang.

Apa yang perlu pemilik lakukan ialah

  1. Lengkapkan borang permohonan geran hilang
  2. Laporan polis oleh tuan tanah
  3. Akuan Sumpah
  4. Daftar di Pejabat Tanah dengan kos seperti di bawah mengikut jumlah geran
Jika tuan tanah terlalu uzur untuk menguruskan hal berkaitan geran hilang ni, wakil perlu ada surat wakil yang ditandatangan oleh tuan tanah. 


GERAN BERONGKOI

Geran ramai orang ni rumit sikit. Kekadang kita lupa sapa yang pegang lepas tu nak claim kata hilang. Tak baik macam tu. Tanya dulu pemilik lain ada pegang ke idak. Dapatkan persetujuan semua tuan tanah untuk buat permohonan geran hilang. kalau memang confirm hilang, sediakan perkara berikut:

  1. Lengkapkan borang permohonan geran hilang
  2. Laporan polis menyatakan telah tanya semua tuan tanah tapi tak ada juga
  3. Daftar di Pejabat Tanah dengan kos seperti di bawah mengikut jumlah geran

Jangan lah dok rasa nak pegang geran tu selamanya. Bila keluar geran baru, geran lama dah tak laku. tak boleh buat apa apa urusan pun. Pejabat tanah depa cek dulu geran tu laku ke idak baru depa terima untuk urusan. Kalau rasa nak pegang geran tak mau bagi ke orang, sila lah buat Urusan Pecah Bahagian Tanah. Jadi masing-masing boleh pegang geran sendiri dan nak buat apa pun sila lah, nak gadai ke, pajak ke, jual ke. 


GERAN DENGAN NAMA SYARIKAT / PERTUBUHAN

Step yang sama, cuma staff yang uruskan hal berkaitan geran hilang ni perlu ada surat rasmi syarikat / pertubuhan.


BAYARAN DI PEJABAT TANAH

RM90 bagi satu geran
RM60 bagi geran berikutnya.

Sebagai contoh, ada 5 geran hilang, jadi kiraannya ialah RM90 + RM60 + RM60 + RM60 + RM60 = RM330.00.


MASA YANG DIAMBIL

Proses yang diambil untuk dapatkan geran ialah 6 bulan. Dalam 6 bulan ni setiap pemilik dalam geran berongkoi akan dimaklumkan yang ada urusan buat geran hilang di pejabat tanah. 

Jadi, jagalah geran anda dan bermuafakatlah sapa yang akan pegang geran tu. Bila xda geran, nak jual beli pun tak boleh. 


BORANG 

Klik sini untuk download borang geran hilang

Borang tu perlu buat penyaksian ye, mana-mana pejabat tanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pos Terkini

Daftar Perintah Pusaka Tapi Geran Asal Tak Ada

Apabila ada pemilik yang meninggal dunia, menjadi kewajipan kepada waris waris untuk mendapatkan perintah pusaka supaya tanah tersebut dibah...