Memaparkan catatan dengan label pemilik bersama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemilik bersama. Papar semua catatan

Daftar Perintah Pusaka Tapi Geran Asal Tak Ada

Apabila ada pemilik yang meninggal dunia, menjadi kewajipan kepada waris waris untuk mendapatkan perintah pusaka supaya tanah tersebut dibahagikan mengikut syariat. Bukan sekadar orang Islam, orang non-muslim pun sama. Cumanya non Muslim tak guna faraid lah.

Perintah pusaka ni, perlu berurusan dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan di Bangunan Persekutuan, Tingkat 7. Sebelah SPRM.

Bangunan Persekutuan Perlis


Jangan keliru pula antara Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perlis (PTGPs). JKPTG ni di bawah Kerajaan Persekutuan dan PTGPs bawah Kerajaan Negeri. 

Kalau Geran Tanah Hilang Nak Buat Camana?

 Apa yang kena buat apabila geran atau dokumen hakmilik kita hilang? 


GERAN PEMILIK TUNGGAL

Kita mulakan dengan hakmilik dengan syer 1/1 iaitu BUKAN GERAN BERONGKOI (Geran banyak nama) . geran ni mudah sikit sebab tak melibatkan banyak orang.

Apa yang perlu pemilik lakukan ialah

  1. Lengkapkan borang permohonan geran hilang
  2. Laporan polis oleh tuan tanah
  3. Akuan Sumpah
  4. Daftar di Pejabat Tanah dengan kos seperti di bawah mengikut jumlah geran
Jika tuan tanah terlalu uzur untuk menguruskan hal berkaitan geran hilang ni, wakil perlu ada surat wakil yang ditandatangan oleh tuan tanah. 


GERAN BERONGKOI

Geran ramai orang ni rumit sikit. Kekadang kita lupa sapa yang pegang lepas tu nak claim kata hilang. Tak baik macam tu. Tanya dulu pemilik lain ada pegang ke idak. Dapatkan persetujuan semua tuan tanah untuk buat permohonan geran hilang. kalau memang confirm hilang, sediakan perkara berikut:

  1. Lengkapkan borang permohonan geran hilang
  2. Laporan polis menyatakan telah tanya semua tuan tanah tapi tak ada juga
  3. Daftar di Pejabat Tanah dengan kos seperti di bawah mengikut jumlah geran

Jangan lah dok rasa nak pegang geran tu selamanya. Bila keluar geran baru, geran lama dah tak laku. tak boleh buat apa apa urusan pun. Pejabat tanah depa cek dulu geran tu laku ke idak baru depa terima untuk urusan. Kalau rasa nak pegang geran tak mau bagi ke orang, sila lah buat Urusan Pecah Bahagian Tanah. Jadi masing-masing boleh pegang geran sendiri dan nak buat apa pun sila lah, nak gadai ke, pajak ke, jual ke. 

Syarat Pindahmilik / Jual beli Tanah Pertanian.

Setiap geran atau hakmilik, akan dinyatakan apa tujuan atau kegunaan tanah itu. Ada beberapa jenis kegunaan seperti Pertanian, Kediaman dan Industri. Nak tau apa kegunaan tu silalah rujuk geran masing-masing. Kali ni kita fokus kepada Pertanian, tak kisah lah padi, bendang, getah atau buah-buahan. 

Bagi negeri Perlis, kalau syarat nyata yang tertulis ialah Kampong, ia membawa maksud yang sama dengan Pertanian. 

Syarat Nyata

Dalam geran ada tertulis luas, samada dalam unit ekar, hektar, meter persegi dan yang rare iaitu Relung, Jemba, Rood, Pole dan sebagainya. Untuk pindahmilik tanah pertanian, jumlah keluasan minimum adalah 1 Ekar atau kesemua keluasan yang si penjual ada. jadi convert lah sendiri dari Relung, Jemba, Rood dan Pole tu kepada ekar. Untuk hektar dan meter persegi boleh google untuk convert. 

Syarat minimum 1 ekar atau kesemua keluasan ni untuk pembeli yang tiada nama dalam geran. kalau ada nama dalam geran kita namakan dia pemilik bersama, atau istilah lain, pembeli ada syer dalam geran tu. Pemilik bersama ni ialah penama dalam geran yang orang selalu panggil geran berongkoi, iaitu geran yang ada banyak nama. 

Contoh:

Saya ada 3 ekar, dan nak jual 1 ekar sahaja.
Jawapan : Boleh kepada sapa sapa pun

Saya ada 1 ekar dan nak jual 0.5 ekar sahaja
Jawapan : Tidak Boleh kepada bukan pemilik bersama. Kalau kepada pemilik bersama dibolehkan. 

Saya ada 0.8 ekar dan nak jual semua
Jawapan : Boleh kepada sapa sapa pun

Sebab apa ada yang boleh dan ada yang tak boleh? Rasionalnya kat sini ialah status tanah tu pertanian, takkan lah nak jual keluasan dia sebesar tapak parking kepada bukan pemilik bersama? nak tanam harumanis pun dapat sepokok ja. 

Tapi kalau jual kepada pemilik bersama, takpa lah sebab keluasan si pemilik bersama tu akan bertambah luas, kan mereka share geran yang sama.  


Pos Terkini

Daftar Perintah Pusaka Tapi Geran Asal Tak Ada

Apabila ada pemilik yang meninggal dunia, menjadi kewajipan kepada waris waris untuk mendapatkan perintah pusaka supaya tanah tersebut dibah...